di suatu daerah di utara tanah air terdapat sepasang suami isteri yang membesarkan lima orang anak mereka. si suami bernama Mus dan si isteri bernama Ani. mereka hidup dalam keadaan gembira walaupun status pekerjaan sebenar si suami masih samar. si isteri hanya suri rumah. masa bagaikan berlari mengejar waktu dan usia perkahwinan mereka hampir mencapai ke angka 30 tahun. alhamdulillah 4 orang anak perempuan mereka sudah berkerjaya dan menamatkan pengajian masing-masing. hanya anak lelaki bongsu mereka masih lagi menuntut di IPTA. kerana ikatan kekeluargaan yang kuat didalam keluarga ini maka banyak permasaalahan yang terjadi dapat di sembunyikan dari pengetahuan orang lain mahupun saudara mara terdekat. pernah suatu ketika dulu anak perempuan ke 4 pasangan ini di tangkap berkhalwat semasa menuntut di salah satu IPTA di pantai timur, hasil persetujuan ke2-2 belah keluarga mereka dinikahkan. kisah sebenar mengenai anak perempuan ke 4 mereka ini masih kurang jelas dan dirahsia kan hingga ke hari ini, apa yang terjadi sebelum dan selepas kejadian khalwat itu masih menjadi tanda tanya terutama bagi ahli keluarga terdekat. sebenarnya pasangan Mus dan Ani menetap dan membesarkan keluarga mereka di daerah kelahiran keluarga Ani, maka anak-anak pasangan ini dikelilingi sebuah keluarga besar dan kebanyakkan pergolakkan dalaman diketahui seisi keluarga terutama pak cik dan mak cik anak-anak mereka. sebenarnya kisah anak perempuan ke 4 mereka ini diketahui ramai apabila tiba syawal, dimana seperti tradisi keluarga ini berkumpul di rumah salah satu ahli keluarga yang tua untuk meraikan aidilfitri. maka pada tanggal 1 syawal tahun tersebut semua ahli keluarga terdekat bertandang dan memberi kejutan pada hari mulia itu adalah kehadiran keluarga Mus yang membawa seorang lelaki dan seorang bayi kecil berusia beberapa bulan. Mus dan Ani memperkenalkan lelaki tersebut sebagai menantu mereka dan bayi perempuan itu sebagai cucu pertama mereka. tiada angin, tiada bau dan secara tiba-tiba hadir menantu dan cucu. ramai yang bertanya "bila bernikah", "berapa lama sudah berkahwin" dan macam-macam lagi. tetapi soalan itu bagaikan bermain di benak ahli keluarga yang lain dan mereka kerap bercakap di belakang kerana kisah sebanar masih belum terungkai sepunuhnya. kini anak perempuan ke 4 Mus dan Ani itu sudah memiliki anak kedua dan walaupun Ani masih merasa pedih tapi kebahagiaan anak mereka menunjukkan mereka perlu meneruskan perjalan kehidupan ini tanpa henti.
dh geli2 cm ni mane nk pikir hal khalwat2 ni, dh sedap...
secara tiba-tiba terbit pula kisah percintaan anak perempuan mereka yang pertama dengan seorang lelaki yang kurang jelas latar belakangnya. Mus melarang hubungan itu kerana berpendapat lelaki yang ingin dijadikan suami oleh anak perempuan nya itu dari latar belakang yang agak hina. usianya sudah hampir 40 tahun, bekerja sambilan sebagai pemandu lori dan dispatch, sudah gagal dalam 3 perkahwinan sebelumnya. Ani dan Mus melakukan sedaya yang mampu untuk menggagalkan hubungan anak perempuan pertama mereka itu, makin dinasihat makin dilawan. bah kan anak perempuan mereka itu seakan membenci Mus dan Ani kerana melarang mereka untuk diijab kabul bersama. yang menjadi tanda tanya adalah bagaimana anak perempuan mereka itu mudah memilih lelaki seperti itu sebagai pasangan? walaupun anak perempuan mereka itu sering di gambarkan sebagai seorang anak yang pandai membimbing adik beradik yang lain, bijak mencari rezeki dan sering membantu keluarga, akan juga cerita lain yang sering dikaitkan dengan lelaki yang berada, memiliki lebih dari seorang teman lelaki, kaki kikis, seorang yang demanding dan mempunyai cita-rasa yang tinggi.walaupun bf i ni keje bawak lori je, tp i ttp syg die... tgk muke die comel kan, mcm rosyam nor..
maka diikhtiar dan membawa mereka ke Darul Syifa, kata pengamal perubatan islam disitu bahawa anak perempuan mereka itu telah di beri guna-guna untuk jatuh cinta dan disarankan diubati kerana dikuatiri si anak hanya mengikut telunjuk bagaikan sudah dipukau minda dan hati serta sanggup melakukan apa saja demi lelaki tersebut. hasil berubat tidak membuahkan hasih, lalu Mus dan Ani ke serata semenanjung untuk memulihkan anak mereka. pada suatu hari tidak disangka anak perempuan mereka itu keluar dari rumah dan meninggalkan Ani dan Mus. selepas di jejaki selama beberapa bulan akhirnya anak perempuan mereka itu diketahui menetap di selatan tanah air.lebih mengejukan apabila Mus mendapati anak perempuanya itu bersekedudukan dengan seorang lelaki.syg now mak bapak i dh jauh, diorg x taw kite kt mane... cepat jilat perot i syg...
maka sesudah dirancang dan laporan ke pihak berwajib dibuat, maka suatu hari kediaman pasangan itu diserbu dan lelaki tersebut ditahan atas dakwaan menculik. pihak berwajib juga mempersoalakan status hubungan mereka. selepas disiasat dan diselidik mendapati pasangan tersebut sudah bernikah hampir 4 bulan di sempadan negara jiran. sungguh hal ini makin menduga kejutan kepada Mus dan Ani. pihak berwajib mendapati pernikahan mereka adalah sah disisi agama, dan mereka didenda sebanyak 3ribu ringgit atas kesalahan bernikah di luar mukin tanpa persetujuan wali dan masih menunggu perbicaraan di mahkamah syariah.haha, padan muke korang konon nk kene kn aku la, syg jom kite joget sepena diorg dh taw kite dh kawen... wel wel wanggei....
bagi saudara mara terdekat terutama keluarga kandung Ani mareka melihat perkara ini sebagai suatu cerita yang diulang tayang terhadap kisah yang sudah lepas. mengimbau kisah 30 tahun lalu, kerana genetik susur galur keluarga Ani yang memiliki kecantikan alami semula jadi maka beliau sering didampingi lelaki-lelaki tampan. akan mudah membuat janji Ani terikat lebih dari seorang lelaki, ada teruna yang meminta Ani menanti beliau hingga tamat pengajian di negara metahari terbit, ada yang sanggup menghadiahkan Ani sebuah rumah asal sanggup mengakhiri zaman bujang bersama. entah dimana mereka ketemu, muncul pula si Mus. asalnya Mus dikabarkan seorang ahli perniagaan dan sering mempamerkan kekayaan. pertama kalinya keluarga Ani sungguh melarang hajat Mus untuk memperisterikan Ani, terutama adik-beradik Ani yg sering memberi halangan besar kepada Ani. Namun kerana kesungguhan ingin mendirikan rumah tangga maka mereka disatukan.aku la pompuan plg cun kt kg ni.... ko x de 5juta jgn mimpi nk pinang ak...
hakikatnya Mus sudah memiliki lima orang anak hasih perkahwinan pertama, meskipun sudah tidak sebumbung tetapi status perkahwinan bersama isteri pertama belum didubarkan. semasa Ani melahirkan anak mereka yang pertama, dalam keadaan masih berpantang, datang isteri pertama Mus membuat kacau dirumah mereka. tak lama selepas itu juga perniagaan Mus seperti berkubur kerana dikabarkan sebenarnya Mus usahawan buluh kasap. sepanjang perjalanan Ani dan Mus, banyak sungguh yang sudah mereka tempuh. dari disaman chetty kerana hutang, kereta ditarik bank, dihalau dari rumah sewa, lari dari rumah sewa, hingga ke masaalah anak-anak.nyah ni la cte mak, mak nk sgt kawen dgn org kayo tp dpt lak jantan kuat kencing... mak redho je la nyah..
bagi mereka yang mentafsir, mungkin ada dari mereka yang berpendapat ini suatu peraturan hidup yang dilanggar maka ia berulang di muka catatan takdir yang belum di ketemu tarikh nya. ada juga benar, tetapi kata bijak pandai "kini tuhan tak nak hutang dibawa ke alam lain, manusia terlalu banyak susahkan kerja tuhan maka bayar tunai saja". kedengaran terlalu dalam ertinya, semakin gerun jika dikaji lebih panjang!.diadaptasi dari kisah benar untuk tatapan dan renungan semua.
Kenapa gambar filem tamil?
ReplyDeleteKikikikiki kelakar :)