
dibulan ramadhan almubarak yang tersangat mulia yang sering kali diagungkan oleh seluruh umat islam di mana saja penjuru bumi ini, saya bagaikan terkenang kembali pengalaman saya berada di eropah. pada tahun 2010 atas desakan carrier dan tarikan tersendiri benua eropah saya akhirnya menetap disana. disamping berkerja dan melancong sambil menguruskan tanggungjawab yang dipikul saya tercengang sebentar apabila melihat sendiri eropah diri sudut perspektif masyarakat asia khususnya Malaysia. saya dibesarkan di Malaysia sepanjang kehidupan saya ini, lebih tepat lagi saya orang asia. mungkin sebagai masyarakat asia kita kerap mengagungkan budaya, masyarakat dan ketemadunan barat khususnya dari eropah dan Amerika (mungkin kerana faktor menjajahan). sepanjang di benua itu sudah hampir separuh tanah eropah saya jelajahi, menetap di Germany menginap di sebuah apartment bandar di Homberg, jika menaiki train ke Frankfurt lebih kurang sejam perjalanan. teringin rasa angin romantik saya bercuti di France, tentu saja saya ke Paris kota romantik yang kerap saja diangkat ke karya seni, fashion, lukisan, film, dan segala bagai benda yang boleh dianggap seni.

from paris with love...
lalu saya berjalan lagi ke Austria, kota Vienna menyajikan opera klasik Norma untuk saya di National Theatre Vienna. mungkin saya bukan penyanjung karya seni sebegini, apabila berhubung dengan seorang teman di Malaysia bahawa saya menonton sebuah teater berbahasa Italy yang hampir mengundang lena di kerusi penonton dimarahinya saya kerana tidak menghargai sebuah pementasan yang teringin sangat beliau mahu tonton (maklum saja belia seorang pendukung dan pemuzik klasik di sebuah IPTA). kemudian saya menyeberang selat ingeris melalui train bawah tanah dari France ke pulau Britain. ingin sangat berpijak ke nagara bekas penjajah tanah melayu itu membuatkan saya terkesima sekejap apabila melihat banyak muka-muka asing yang sudah tentu bukan berbangsa eropah. dari wajah Pakistan ke Arab, dari wajah melayu ke struktur muka jawa banyak sungguh sampai saya rasakan seluruh manusia asia ingin menjadi rakyat dinegara penjajah itu. selain itu saya juga ke negara jiran Germany, Luxembourg. ingin makan chocolate paling bermutu terus saja ke Belgium. jemu melihat wajah typical eropah, saya ke Turki untuk mencuci mata melihat wajah masyarakat Istanbul yang bagi saya mereka lah terpaling elok rupa kerana gabungan darah eropah dan arab. rahangnya seakan dari timur tengah, kilitnya putih pucat eropah, mata dari iris bangsa arab, warna biru kadang kala ke hijauan tapi lagi kagum yang biru terang, rambut lebat macam orang padang pasir tapi warna perang macam caucasus. yang perempuan terlalu cantik yang lelaki buat kan saya istifar, ya allah indahnya ciptaan mu.

indahnya ciptaan tuhan masyarakat turkey ni!
di negara Serb pula saya rasa sebih melihat masyarakat islam yang miskin dan negara nya pula sepi membangun, negara bekas medan perang tahu saja lah keadaan sekitarnya. terasa kejang semasa menunaikan ibadah puasa di eropah, pada waktu itu sudah hujung summers jadi suhu turun ke 13c. siang hanya kurang dari 6 jam, pukul 3 petang sudah boleh berbuka, pukul 4 petang bagaikan sudah gelap jam 8 malam di Kuala Lumpur. sahur pula sekitar 7 pagi yang bagaikan subuh sepie gamaknya di Malaysia. teringat saya pada suatu petang sabtu, maklum saja lah berpuasa jadi berperap saja di rumah. tiba-tiba intercom saya berbunyi, apabila di jawab kedengaran suara seorang perampuan mungkin sudah separuh abad. katanya ingin menjemput saya ke festival tamat musim panas yang dianjurkan oleh pihak gereja kawasan kejiranan saya. saya mengiyakan saja (malas ingin berbetah kata karana pertuturan German saya masih tak tersusun) dan seperti tak kuasa melayan. tapi cakapnya makin panjang, nak naik ke apartment dan betemu saya. sambung saya lagi apa yang boleh saya bantu, suara dari intercom kata yang perempuan itu nak beri penerangan berhubung aktiviti gereja dan beramah serta mengenali saya (maklum saja lah saya seorang dari asia di kejiranan itu,masyarakat asing kebanyakkan dari Utopia, Iran dan sekitar Timur tengah dan Africa, harus saja jadi perhatian ramai). kata saya lagi ",maaf saya tiada masa"!. tak mahu pergi nampaknya pendakwah kristian ini, mahu tahu bila saya ada masa, saya jawab "tak tahu"! dan terus cakap "bye"!. saya paham mereka ini pendakwah ajaran nasrani, lebih lagi di intercom di pintu masuk besar di ground floor apartment tertera nama saya terdapat "BIN" sebelum nama bapak. tentu saja mereka tahu saya dari keterunan muslim. jika saya rasa lapang selalu juga ke tasik berhampiran rumah, banyak itik berbulu hijau bermain air. ada tali air disekitar, di hujung taman ada ladang apple yang berpagar kayu. di dalam kawasan ladang terdapat rumah seakan ciri dari zaman robin hood siap ada kincir air.

nak ke tasik tengok itik kene lalu tepi bukit ni, hati-hati pernah ada orang kene rogol kat sini!
bawak paper spray dalam beg
nampak awan sudah malap saya jalan kaki pulang ke apartment melalui kawasan kinderhom (rumah bagi sesiapa yang tidak berumah yang diurus pihak kebajikan kristian) kerana dekat kawasan gereja ada kedai kebab yang di usahakan pendatang Lubnan (kebab arab sedap, besar dan banyak inti daging tapi macan terlebih masin sedikit). singgah beli kebab untuk berbuka, sejurus keluar dari retaurant saya ditegur seorang mubaligh kristian, siap berpakaian ala biarawati. katanya dia yang datang ke rumah pada hari tersebut, saya hanya beri senyuman menawan saja. dia cakap lagi, kata tiada masa tapi saya macam banyak masa hari itu sebab pergi berjalan-jalan sekitar. hhmmm, saya bagi isyarat kening terangkat sebagai respond balas. lalu paderi perempuan yang hidung besar bibir nipis itu beri saya flyers tentang aktiviti setiap minggu gereja kawasan tempat tinggal saya. banyaknya tentang ceramah agama, pementasan teater keagamaan (yela hampir masuk ke hujung tahun, tentu dia nak saya sertai festival chrismas di gereja). akhir respond pada semua penerangan dari biarawati tu, saya angguk-anggukan dagu dan bagi senyuman iklan ubat gigi dan saya kata "saya datang lagi nanti" dan buat-buat seperti sibuk mengejar masa. mubaligh tu beri muka serius dan senyum paksa sebelum saya pergi. hampir-hampir juga akidah ajaran muhammad yang saya junjung jatuh, pernah ditawar bernikah sivil di gereja dengan bangsa tempatan atas dasar untuk mendapat pasport germany. saya dijanji wang sara diri dari kerajaan German setiap bulan bah kan duit sewa rumah juga di tanggung. walaupun saya kerap tinggal solat, pernah bermabuk-mabuk mandi arak di pesta bir,(banyak lagi yang saya buat tapi nanti ada yang pengsan dengar kisah benar sangat ni) tapi serius saya benar-benar tak akan dan tak akan sanggup ubah pendirian ketuhanan saya. perkenalan saya dengan Daniel (rakyat malaysia yang menetap di Frankfurt) membuatkan saya meneliti iktibar hidup beliau. dulu Daniel kerja di McDonald Ampang, semasa bekerja dia bertemua cinta dengan seorang pengamal sex songsang (lelaki yahudi German). tak lama kemudia lelaki tersebut membawa Daniel ke Frankfurt dan berkahwin. kemudian Daniel dapat pasport sementara German yang akan berakhir sehingga tamat kursus kewarganegaraan Germany. kata Daniel lagi kini hidup dia macam lega sebab tiada belenggu kerja, duit dan teras agama. tenang saja dia lagak seperti sudah lama jadi orang eropah. kata Daniel lagi pada saya, "kau tak payah risau la hidup kat sini, kau mati toba pun tak ada siapa kisah kau nak main dengan siapa pun tiada siapa larang". "kau duduk lepak tidur, makan, enjoy dan tiap-tiap bulan dapat alaun kerajaan bagi", "buat apa lah kau nak balik Malaysia?". tercengan terus dengar Daniel berpantun German. fikir banyak otak saya, kalau nikah sivil, kahwin dapat pasport Germany enjoy tak perlu kerja tiap-tiap bulan pergi bank dapat duit. tapi serius tak sanggup saya hendak ke arah haluan tanpa tuju seperti itu. awal 2011 tamat visa kerja terus tempah tiket pulang ke Malaysia. bukan tak sanggup terus di Frankfurt tapi....

aku hampir nak kawin dengan perempuan ni hanya kerana nak ada pasport german
saya banyak alasan tapi salah satu saya rasa, saya masih anak Malaysia yang masih mahu berada di negara sendiri. sejak aktif ber Facebook bermula tahun 2008, sejak itu juga saya makin peramah jika ada sesiapa ingin berkenalan. bagi saya apa salahnya jadi peramah berchat dan berkongsi cerita yang kadang-kadang penuh propaganda dan exposure terlebih-lebih. tapi tak mengapalah, kini saya tak lagi berchat sudah offline. berkenalan dengan seorang lelaki melayu Singapore (wajah ala panasia mungkin itu tarikan buat saya setuju balas "Hi" beliau), memperkenalkan saya pada satu group di FB. dia jemput saya sertai kumpulan itu tapi sangat tak sangka beliau mengagungkan Muhammad seperti babi.
apa yang anda mampu buat apabila gambar ini jadi bahan menarik muslim untuk murtad...?
rupanya Gary yang saya kenal melalui FB chat sudah murtad! melihat dari statement yang dipaparkan di page group Murtads in Malaysia and Singapore, hampir kesemua group members sudah terpesong akidah. ada yang mahu murtad sebab anggap islam pengganas, nak jadi kafir sebab boleh buat apa saja tak perlu ada pegangan, keluar dari islam kerana tak pernah percaya pada tuhan dan yang paling pelik nak murtad kerana mempersoalkan kenapa perlu azan dilaungkan begitu kuat tiap kali suduh hingga mengganggu tidur hingga terkeluar kata-kata allah maha tuli! dasyat sungguh!
antara yang sangat aktif berforum di group tersebut adalah Makcik Hajjah Sitt Alwuzara, siapa yang rasa nak berperang dengan perempuan murtad ini boleh la jadi follower beliau di twitter. dan siapa nk lihat segala hinaan beliau pada nabi Muhammad dan Allah SWT boleh la ke blog perempuan sial ni (http://makcikhajjahsittalwuzara1001.wordpress.com/). bukan apa bagi saya ini adalah salah satu sebab kita kena jadi muslim yang kuat akidah, kita juga perlu tahu apa yang benar dan dusta dari keadaan sekeliling kita. mungkin buat masa ini bagi manusia seperti saya hanya mampu berkongsi pendapat, tapi kita juga dapat saling mengingatkan saudara seislam kita yang lain. saya rasa kerajaan sudah tentu ada perancangan tersendiri terhadap golongan ini, tapi apabila nabi kita serta tuhan sekalian alam umat islam di babikan walau tak sedikit kita mampu buat perubahan jika berkongsi pendapat dan idea untuk membendung hal ini dari terus merebak macam virus H1N1. saya bukan la alim ulamak, masa masih di IPTA saya dari jurusan engineering, tiada subject teras agama islam. tapi saya banyak membaca berkenaan agama yang saya anuti. sedikit sebanyak saya boleh bercakap berkenaan islam, tapi hendak berhujah belum lagi waktunya. sudah tentu saya derdoa menjadi muslim sejati dan boleh meninggalkan segala yang gelap pernah saya lalui. jadi di bulan ramadhan ini sama-sama lah kita melihat psikologi muslim itu sendiri dari sudut yang berbeza.
p/s : isu agama dan politik adalah isu yang paling sensitif, maaf jika saya menyinggung sesiapa.
No comments:
Post a Comment